KUALA
LUMPUR: Sebuah kereta peronda polis hilang kawalan dan bertembung
dengan sebuah motosikal di Lebuhraya SPRINT berdekatan Plaza Tol Duta,
di sini, lewat malam tadi.
Kejadian
itu yang berlaku pada jam 11.05 malam menyebabkan mangsa berusia 27
tahun mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan dahi.
Timbalan
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan (JSPT) Kuala Lumpur,
Superintendan Sarifudin Mohd Saleh, berkata pemandu dan rakan setugas
dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dilaporkan tidak mengalami
sebarang kecederaan.
Ketika
itu, katanya, dua anggota itu dalam perjalanan ke IPD Sentul selepas
selesai tugas sebelum pemandu kereta peronda berkenaan mengubah laluan
ke bahagian kiri dan bergesel dengan kereta lain.
"Sejurus itu, kereta peronda terbabit hilang kawalan dan melanggar motosikal berkenaan.
"Laporan polis sudah dibuat berhubung isu berbangkit.
"Kes
disiasat mengikut Rule 6 (2) LN 166/59 kerana kecuaian mengubah laluan
sehingga menyebabkan kemalangan," katanya pada NSTP, hari ini.
0 comments:
Post a Comment