KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran membabitkan 10 pegawai kanannya hari ini, berkuat kuasa 15 Oktober depan.
Ketua
 Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk 
Asmawati Ahmad, berkata pertukaran membabitkan Pengarah Jabatan Sumber 
Strategik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani 
yang bertukar kepada Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan 
Ketenteraman Awam Bukit Aman.
“Pengarah
 Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk 
Seri Tajudin Md Isa, pula ditukarkan kepadabPengarah Jabatan Sumber 
Strategik dan Teknologi Bukit Aman.
“Ketua
 Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman, ditukarkan kepada Pengarah 
Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman,” katanya
 dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Asmawati
 berkata, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah, dinaikkan
 pangkat kepada Pesuruhjaya Polis Sarawak dengan memangku pangkat 
Komisioner.
“Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias ditukarkan kepada Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.
“Pengarah
 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Shahrul 
Othman Mansor, ditukarkan kepada Senior Asisten Komisioner (SAC) 
Bahagian Dasar Sumber Manusia Jabatan Pengurusan Bukit Aman,” katanya.
Beliau
 berkata, Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana, 
Maktab PDRM Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd, 
ditukarkan kepada Ketua Polis Perlis.
“Ketua
 Penolong Pengarah, Urusetia Bahagian Kepolisan Am, Jabatan Keselamatan 
Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Asisten Komisioner 
Norizan Murad, dinaikkan pangkat kepada Ketua Pusat Pengajian Sains 
Pengurusan Krisis dan Bencana, Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memangku 
pangkat Senior Asisten Komisioner.
“Ketua
 Jabatan Pengurusan Perlis, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, 
ditukarkan kepada jawatan Ketua Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan, 
manakala, Deputi Superintendan (DSP) (D6C) Unit Fotografi, Jabatan 
Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Deputi Superintendan Aidi Sham Mohamed, 
ditukarkan kepada jawatan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Negeri 
Sembilan,” katanya.
- Sinar Harian -  

 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment