GOMBAK: Dua lelaki layak digelar individu paling kejam apabila tergamak membunuh seekor kucing betina terbiar yang sedang bunting dengan memasukkannya ke dalam mesin pengering dalam kejadian di sebuah kedai dobi di Taman Gombak Ria, semalam.
VIDEO-->
Kejadian
jam 12.30 tengah malam itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV)
kedai dobi berkenaan dan turut dikongsi oleh Persatuan Haiwan Malaysia.
Menerusi
rakaman berdurasi selama dua minit 50 saat itu, kelihatan dua lelaki
yang juga pelanggan dobi berkenaan memasukkan kucing tersebut ke dalam
mesin pengering.
Dua
lelaki itu kemudian berlalu pergi sambil membawa baju yang sudah
dibasuh namun kemudian datang semula beberapa saat kemudian sambil
memasukkan duit syiling ke dalam mesin pengering berkenaan.
Kedua-duanya
meninggalkan kedai dobi itu sebaik menekan butang 'mula' pada mesin
pengering yang mengandungi kucing betina berkenaan sebelum bangkainya
ditemui seorang pelanggan dalam keadaan berlumuran darah.
Presiden
Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, pihaknya mengutuk
sekeras-kerasnya tindakan dua lelaki itu dan sudah membuat laporan polis
mengenai perbuatan zalim berkenaan.
Katanya,
bangkai kucing betina itu ditemui oleh seorang pelanggan pada jam 10.30
pagi, hari yang sama ketika ingin menggunakan mesin pengering berkenaan
sebelum melaporkannya kepada pengurusan kedai dobi terbabit.
"Hasil penelitian CCTV mendapati memang terdapat tiga lelaki datang ke kedai dobi berkenaan untuk membasuh baju mereka.
"Namun,
dua daripadanya tiga lelaki itu kemudian bertindak memasukkan kucing
betina yang sedang bunting ke dalam mesin pengering dan membiarkannya,"
katanya ketika dihubungi hari ini.
Arie
berkata, pihak pengurusan dobi berkenaan kemudian menghubungi Persatuan
Haiwan Malaysia bagi mendapatkan pandangan serta nasihat sebelum
pihaknya mengambil keputusan membuat laporan polis pada jam 11 malam
semalam berdasarkan bukti rakaman CCTV yang diperoleh.
Katanya,
pihaknya turut melaporkan kejadian itu kepada Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Veterinar Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
"Berdasarkan
maklumat diperoleh, dua lelaki berkenaan adalah rakyat tempatan dan
dipercayai tinggal berdekatan berikutan kerap membasuh baju di situ.
"Perbuatan
dua lelaki itu memang cukup zalim dan berharap agar pelaku dijatuhi
hukuman setimpal mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015," katanya.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof ketika
dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Katanya,
kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana menyiksa dan
membunuh haiwan dan tindakan mengesan suspek sedang dilakukan.
- Berita Harian -
0 comments:
Post a Comment