KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini menolak kesemua kes saman yang dipohon daripada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, tepat jam 4.10 petang tadi sekali gus mengekalkan status Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yew Jen Kie memberikan keputusannya pada pukul 4.10 petang ini terhadap saman pemula yang dikemukakan oleh Musa bagi mencabar pelantikan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri yang baharu kerana mendakwa beliau adalah Ketua Menteri Sabah yang sah.
0 comments:
Post a Comment