Tuesday, 8 January 2019

Tujuh NGO buat laporan polis terhadap Eric Liew



KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh laporan polis dibuat hari ini berhubung
kenyataan berbaur penghinaan ke atas bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan
di Muhammad V oleh Eric Liew di Facebooknya.

Tujuh laporan polis itu dibuat oleh Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah
Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amanah
Rahsia Cekal (ARC), Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selangor (Gegas),
Pertubuhan Kipidap, Selempang Merah dan KMN

Presiden IRIMM, Amir Amsa Alla Pitcay berkata, kenyataan di Facebook itu
tidak sepatutnya keluar dari rakyat Malaysia kerana nyata ia satu
penghinaan kepada institusi Raja dan menyinggung perasaan kita semua.

Menurutnya, walaupun individu itu telah meminta maaf di Facebooknya
beberapa jam selepas mengeluarkan kenyataan menghina itu, tindakan
undang-undang masih perlu dikenakan ke atasnya.


"Kita tidak mahu ia menjadi satu budaya, sesuka hati mengeluarkan
kenyataan menghina kemudian meminta maaf.

"Meminta maaf itu baik, namun dikhuatiri perbuatan itu menular menjadi
kebiasaan (keluar kenyataan menghina dan minta maaf) perkara ini boleh
menghancurkan keharmonian negara ini dan wajar pihak berluasa mengambil
tindakan ke atas individu seperti ini," katanya kepada Sinar Harian.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini.

Amir Amsa berkata, pihaknya berharap agar polis dan pihak berkuasa lain
menggunakan semua seksyen dan akta untuk menghukum individu tidak
bermoral itu.

"Sebelum ini telah ada individu yang menghina Sultan dan dijatuhi
hukuman, justeru kami berharap kes Eric Liew juga akan berakhir dengan
dia dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Dalam pada itu, Amir Amsa berkata, pihaknya juga memuji tindakan majikan
tempat Eric Liew bekerja apabila memecat lelaki itu.

- SINAR HARIAN

0 comments:

Post a Comment