Sunday 20 January 2019

"Saya mengaku silap bila dirasuk syaitan" - Chef Wan 'uturn' minta maaf pada Najib



CHEF selebriti, Chef Wan memohon maaf secara terbuka kepada bekas Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengeluarkan kenyaataan mahu menampar muka bekas Perdana Menteri itu.

Dalam kenyataan panjang lebar di laman Instagram peribadinya, Chef Wan atau nama sebenarnya, Redzuawan Ismail berkata, kenyataan celupar itu dibuatnya ketika dalam keadaan amat marah.

“To DS Najib pagi ini saya memohon maaf secara terbuka kerana bahasa yang kasar saya telah gunakan di waktu saya merasa amat marah!


“Tetapi jika kita buat kesalahan yang besar kita mesti telan maruah diri kita untuk mengaku kesilapan diri kita as i have done this morning. Yes saya mengaku saya silap bila dirasuk syaitan dan naik marah!” kata Chef Wan.


MESEJ mohon maaf Chef Wan dimuat naik chef selebriti itu di laman Instagramnya pada Isnin.
MESEJ mohon maaf Chef Wan dimuat naik chef selebriti itu di laman Instagramnya pada Isnin.




Sebagai manusia biasa, Chef Wan juga memberitahu, dia enggan menjadi manusia yang tidak berterima kasih dengan tidak menghargai sumbangan bekas Perdana Menteri keenam itu sepanjang menerajui negara.

Namun, dalam masa masa, selebriti itu berkata, semua ahli politik perlu berhadapan dengan semua kritikan secara terbuka dan rasa terhormat.

“Saya telah buat silap dengan apa yang saya perkatakan semalam dan sekarang saya memohon maaf kepada DS (Najib) dan itu sahaja! Saya akan terus memperjuangkan apa yang betul,” tegas Chef Wan.

Dalam laporan media semalam, Chef Wan berkata, beliau mahu menampar muka Najib semasa hadir berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai


Selain mahu menampar muka Najib, Chef Wan juga melakukan perkara yang sama pada bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang disifatkannya tidak menguruskan Felda dengan baik.

"Macam mana kamu (Najib) boleh biarkan Felda disalah urus begitu? Come on!

"Kamu letak Isa Samad (bekas pengerusi Felda) di situ dengan tahu ada bermacam hal dia buat sebelumnya.

"Kalau dia (Isa) ada di sini I tampar muka dia," kata Chef Wan yang dipetik sebagai berkata.

Kenyataan pedas Chef Wan itu berkaitan dengan perasan geramnya yang mendakwa Felda tidak diurus dengan baik oleh Barisan Nasional (BN) yang ketika itu diterajui Najib.

- Astro Awani -

0 comments:

Post a Comment