ANGGOTA polis cedera dipercayai ditikam oleh seorang suspek kes samun di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, malam tadi.
Dalam
kejadian kira-kira 10 malam itu, suspek terbabit turut cedera selepas
dilanggar oleh sebuah kenderaan, ketika melarikan diri.
Ketua
Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah
berkata, ketika kejadian, anggota polis terbabit menahan sebuah kereta
yang dinaiki dua lelaki dipercayai warga asing.
“Mereka kemudian menemui beberapa alat yang disyaki digunakan untuk pecah masuk rumah pada suspek.
“Seorang
daripada suspek kemudian melarikan diri dan dikejar oleh seorang
anggota polis sebelum berjaya ditahan di Jalan Tun Razak,” katanya
ketika dihubungi.
Shaharudin berkata,
ketika dalam proses tangkapan, suspek mengeluarkan pemutar skru dan
menikam anggota polis berkenaan di bahagian tangan.
“Suspek kemudian melarikan diri dengan melintasi Jalan Tun Razak sebelum dilanggar oleh sebuah kereta.
“Suspek
yang cedera di bahagian kaki dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),
manakala anggota polis yang ditikam turut dihantar ke hospital sama
untuk rawatan,” katanya.
Beliau
berkata, siasatan akan dilakukan atas kesalahan mencederakan anggota
polis, sementara rakan suspek turut ditahan untuk siasatan lanjut.
“Saya baru sahaja melawat anggota polis terbabit, dan dia berada dalam keadaan stabil,” katanya.
- HARIAN METRO -
0 comments:
Post a Comment