KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 15 Mac depan bagi tarikh keputusan permohonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan untuk membatalkan saman yang dikemukakan UMNO berhubung tuntutan RM116.7 juta milik parti itu yang disita oleh polis di sebuah premis di Pavilion Residences, akan didengar pada 11 Februari depan.
Perkara
itu dimaklumkan peguam Datuk Hariharan Tara Singh, yang mewakili UMNO
kepada pemberita selepas kes disebut di dalam kamar Hakim Mahkamah
Tinggi, Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad, di sini, hari ini.
Turut hadir, Peguam Kanan Persekutuan, S Narkunavathy mewakili PDRM dan kerajaan.
Sebelum
ini, permohonan itu difailkan atas alasan UMNO tidak mempunyai locus
standi untuk membawa tindakan saman itu selain mendakwa wang yang disita
masih dalam siasatan pihak polis.
Pada
3 Oktober 2018, UMNO melalui pegawai awamnya, Datuk Seri Abd Rauf
Yusoh, memfailkan permohonan untuk mendapatkan dokumen daripada PDRM
iaitu salinan laporan polis yang menjadi asas sitaan berkenaan, salinan
senarai wang dan gambar wang yang disita, salinan semua gambar yang
disita dan rajah kasar penemuan wang yang disita.
UMNO
melalui Abd Rauf memfailkan saman pada 21 September lalu, dengan
menamakan Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah
Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Sakri Arifin; Penolong
Pesuruhjaya Polis JSJK, R Rajagopal; Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk
Seri Amar Singh Ishar Singh; Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai
defendan pertama hingga kelima.
Dalam
penyataan tuntutannya, UMNO antara lain memohon perisytiharan bahawa
penggeledahan dan penyitaan yang dilakukan di Tower B, Pavilion
Residences, Jalan Raja Chulan pada 17 Mei 2018 adalah salah di sisi
undang-undang dan mencabuli hak parti berkenaan.
Plaintif
juga memohon perintah supaya wang RM116.7 juta dan wang RM43.3 juta
yang juga didakwa milik parti itu dipulangkan kepadanya, selain menuntut
ganti rugi am, teruk dan teladan.
Plaintif
mendakwa, tindakan semua defendan itu menyebabkan UMNO kehilangan hak
untuk menggunakan dana terbabit serta mengalami kehilangan dan kerugian.
- BERITA HARIAN -
0 comments:
Post a Comment