Thursday, 14 February 2019

Polis Marin tahan 14 PATI Indonesia



KLANG - Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang menahan 14 pendatang
tanpa izin (PATI) semasa Op Pensura di sekitar Pulau Ketam di sini
sekitar jam 3 petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi
Superintendan Khairuddin Jamal berkata, kesemua PATI warga Indonesia
ditahan berusia lingkungan 21 hingga 44 tahun.

Menurutnya, hasil pemeriksaan PATI yang ditahan tidak mempunyai dokumen
perjalanan yang sah dan sebahagiannya telah menetap lebih masa di negara
ini.




"Kesemua mereka di bawa ke Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang untuk
siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairudin berkata, tahanan di siasat dibawah Seksyen 15(1)(c) Akta
Imigresen 1959/64 (Pindaan 2002) kerana tinggal lebih masa ditetapkan
Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tiada
dokumen perjalanan yang sah.

- SINAR HARIAN -

0 comments:

Post a Comment