Monday 18 February 2019

Peniaga didakwa rasuah polis RM1,000



KOTA BHARU - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen,
di sini, hari ini, atas pertuduhan memberi suapan RM1,000 kepada seorang
pegawai polis, minggu lalu.

Dakwaan terhadap Ooi Boon Lai, 41, dibuat di hadapan Hakim, Mohd Rosly
Mohamed Nawi.

Tertuduh didakwa menawarkan suapan RM1,000 kepada Ketua Polis Balai
Rantau Panjang, Asisten Superintendan Mohd Sany Husin di bilik Ketua
Balai Polis Rantau Panjang, antara jam 2.30 pagi hingga 5 pagi, 14
Februari lalu.

Suapan dibuat atas dorongan kepada Mohd Sany untuk melepaskan seorang
tahanan warga Thailand juga rakan tertuduh, Mr Jukkrapan Sangsuwan,54,
berserta 36 karton minuman keras di rumah tidak bernombor di Kampung
Kubang Rambutan, Rantau Panjang kerana dipercayai melakukan kesalahan
Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Kes ditetapkan 27 Mac depan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen.

- SINAR HARIAN -

0 comments:

Post a Comment