KOTA KINABALU: Polis sedang giat mengesan tiga lelaki berusia antara 38 hingga 57 tahun bagi membantu siasatan membabitkan kes bunuh, rogol dan seks luar tabii di daerah ini.
Ketua
Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata
dua suspek terbabit adalah warga tempatan, manakala seorang lagi
pemastautin tetap.
“Mereka
yang diburu ialah Sisal Benigno, 41, kerana disyaki terbabit kes bunuh
di daerah ini pada Februari tahun lalu yang disiasat mengikut Seksyen
302 Kanun Keseksaan (KK).
“Selain
itu, Dainis Sitim, 38, diburu berhubung tiga kesalahan membabitkan kes
rogol dan seks luar tabii pada Julai 2016 yang disiasat mengikut Seksyen
376 KK, Seksyen 376(3) KK dan Seksyen 377(C)(A) KK,” katanya.
Beliau
berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan
Februari 2019 di Dataran Pahlawan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota
Kinabalu, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman.
Seterusnya,
Habibi berkata, seorang lagi suspek ialah Lajin Pilong, 57, berhubung
kes seks luar tabii pada Mac 2017 yang disiasat mengikut Seksyen 377(E)
KK.
“Ketiga-tiganya disenaraikan sebagai orang dikehendaki bagi membantu siasatan kes terbabit.
“Sehubungan
itu, orang ramai yang ada maklumat boleh menghubungi IPD Kota Kinabalu
melalui talian Hotline 088-221191/ 529211 atau tampil di balai polis
berdekatan,” katanya.
- BERITA HARIAN -
0 comments:
Post a Comment