Monday 18 February 2019

Polis tahan suspek samun lif MRT



KUALA LUMPUR
: Polis telah menahan suspek lelaki yang menyamun seorang wanita dalam sebuah lif di stesen aliran transit massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lepas.

Berdasarkan maklumat diterima, suspek ditahan di Taman Cheras, Kuala Lumpur oleh sepasukan anggota dari Unit D9 dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada jam 8.10 malam Isnin.

Menurut polis, suspek, seorang lelaki India warga tempatan berumur 26 tahun akan direman pada pagi Selasa.



Dia ditahan di bawah Seksyen 396 Kanun Keseksaan.

Hasil siasatan polis, suspek didapati telah menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam kira-kira jam 6.30 pagi hari yang sama, berhampiran stesen MRT berkenaan sebelum menyamun mangsa di dalam lif.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 48 tahun dibelasah dan disamun suspek menyebabkan dia mengalami bengkak pada dahi serta kehilangan dokumen peribadi serta wang tunai RM400.

- Astro Awani -




0 comments:

Post a Comment