PETALING JAYA - Kegiatan sebuah premis tidak berpapan tanda yang
menawarkan 'special service' sejak tiga bulan lalu terbongkar.
Pendedahan itu dibuat sepasukan polis Bahagian Antimaksiat, Perjudian
dan Kongsi Gelap (D7) Selangor menerusi Ops Noda di Damansara Utama, di
sini, tengah malam tadi.
Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Mohd Khaizam Ahmad
Shahbudin berkata, serbuan pada jam 12.15 tengah malam itu telah menahan
empat wanita warga asing berusia lingkungan 20 hingga 30-an serta
seorang lelaki tempatan merupakan penjaga premis.
Ruangan bilik yang dijadikan sebagai tempat kegiatan tidak bermoral.
Ruangan bilik yang dijadikan sebagai tempat kegiatan tidak bermoral.
Menurutnya, semakan dapati tiga wanita itu merupakan warga Thailand dan
seorang lagi adalah warga Vietnam.
"Siasatan awal mengesyaki premis ini menjalankan aktiviti tidak bermoral
dengan tawaran pelbagai pakej dengan harga RM190.
"Pelbagai barang disyaki diguna untuk aktiviti persundalan telah
dirampas antaranya kondom, tisu basah, minyak urut, tuala serta sejumlah
wang tunai," katanya kepada Sinar Harian di lokasi serbuan.
Mohd Khaizam berkata, premis tidak berlesen ini dipercayai menjadikan
wanita terbabit sebagai pelacur dengan memaparkan wajah mereka kepada
pelanggan di telefon bimbit. Pelanggan yang berminat kemudian akan
dibawa ke bilik sebelum wanita tersebut datang.
Katanya, disyaki wanita itu menerima bayaran gaji RM1,700 sebulan.
"Soal siasat terhadap penjaga premis juga dapati premis ini kerap
dikunjungi kira-kira lapan hingga sembilan orang pelanggan setiap hari.
Kita percaya premis ini mampu mengaut untung mencecah RM50,000 sebulan,"
katanya.
Tambahnya, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.
- SINAR HARIAN -
0 comments:
Post a Comment