Monday, 4 February 2019

Waktu Sesuai Memancing Sungai dan Laut Mengikut Kalendar Islam



12/13/14/15/16hb hijrah:
Bulan Penuh/Mengambang
1.Selat dan sungai
a)arus deras dan tinggi.
b)pasang lebih lama dari surut.
c)batu ladung 30 keatas.
d)tidak sesuai untuk memancing.
2.Laut pantai timur
a)arus mati yang panjang sebelah malam
b)surut yang sedang tapi pendek sebelah siang
c)air biasanya keruh sedikit.
d)sesuai memancing kerana ikan kurang sensitif.
————————————————————


19/20/21/22/23hb hijrah:
Bulan separuh
1.Selat dan sungai
a)pasang kurang berarus dan surut yang sederhana
b)tempoh pasang & surut yang sama.
c)sangat sesuai memancing terutamanya
22 dan 23hb hijrah.
2.Laut pantai timur
a)pasang surut arusnya sama iaitu sederhana
b)jangkamasa pasangsurut sama.
c)kadangkala air terlalu jernih dan berkaca
d)ikan sensitif pada penglihatan.
————————————————————
26/27/28/29/30/hb hijrah:
Bulan gelap
1.Selat dan sungai
a)arus mulai besar dengan arus semakin laju
b)surut yang panjang diwaktu siang manakala pasang yang pendek.
c)air keruh terutamanya waktu surut
d)tidak sesuai memancing.
2.Laut pantai timur
a)arus pasang sederhana yang panjang sebelah siang
b)arus mati tapi pendek sebelah malam
c)air biasanya keruh sedikit.
d)sesuai memancing kerana ikan kurang sensitif.
————————————————————
5/6/7/8/9hb hijrah:
Bulan Separuh
1.Selat dan sungai
a)surut kurang berarus dan pasang yang sederhana b)tempoh pasang & surut
yang sama.
c)sangat sesuai memancing terutamanya 8 dan 9hb.
2.Laut pantai timur
a)pasang surut arusnya sama iaitu sederhana
b)jangkamasa pasangsurut sama.
c)air tidak terlalu jernih dan sesuai untuk memancing.
d)ikan sensitif pada penglihatan.

*Istilah “air” yg perlu diketahui oleh kaki pancing*

Air Menyorong Kecil bermaksud keadaan air besar yang mula perlahan dan
akan mati selepas 3 hari. Ketika ini air keruh mula jernih dan arus
perlahan.

Kebanyakan kawasan sesuai untuk memancing. Kebiasaannya waktu
ini sesuai untuk memburu spesis Kurau, Senangin dan Jenahak di kawasan
dermaga dan kawasan dalam yang lain.

Biasanya ketika ini juga nelayan
akan melabuhkan jaring Tagan di sekitar anak sungai selama air pasang.
Jika di kawasan terbuka di luar, Jaring Tekap digunakan bagi menjerat
spesis dasar berkarang.


Air mati tidak berarus bermaksud, keadaan air begitu jernih dan
sekiranya umpan di jatuhkan, arus tidak mampu menghanyutkan batu
walaupun bersaiz kecil.

Adakalanya umpan tanpa batu tidak akan hanyut.
Keadaan air seperti ini menyebabkan ikan kurang aktif. Hanya waktu air
mula pasang atau air mula surut yang mempunyai arus sesuai untuk
memancing.

Ketika ini ikan buntal dan Sesirat adalah yang paling banyak
mengganggu. Sekiranya hujan, suhu air bertambah sejuk dan ini
memburukkan keadaan.

Kebanyakan spot sesuai berada di laluan tengah
selat seperti laluan kapal dan kawasan tertentu yang lain. Ketika ini,
air jernih di kawasan anak sungai amat sesuai untuk teknik Casting.
Umpan perumpun atau udang hidup sesuai untuk menjerat Tetanda dan Siakap
yang bergerak di dalam anak sungai.

Air menyorong besar bermaksud, keadaan air mati yang mula berarus.
Biasanya berlaku 3 hari sebelum air besar. Ketika ini ikan yang berada
di kawasan zon pasang surut air mati mula aktif dan bergerak mengikut
arus.

Ketinggian air pasang boleh dilihat meningkat sedikit demi
sedikit. Kebiasaannya pada hari ketiga, nelayan akan keluar menjaring
untuk memburu spesis Ikan Senangin yang mula bergerak bersama air pasang.

Air besar bermaksud, keadaan air pasang tinggi dan arus deras. Biasanya
air bergerak bersama lumpur menyebabkan air keruh seperti teh susu.
Biasanya berlaku selama 7 hari sebelum air mengecil semula.

Ketika ini air pasang akan menenggelamkan reba-reba kayu dan batu tebing di sekitar
tebing selat. Ketika air mula tinggi spesis ikan Tanda dan Gelama adalah
spesis yang biasa menghuninya.

Kebanyakkannya berlindung ketika arus di
kawasan tengah terlalu laju. Kebanyakan spesis Ikan Semilang juga amat
aktif ketika ini.

Kawasan muara dan anak sungai ketika air mula masuk, adalah yang paling sesuai. Kebanyakan ikan Pari kecil di bawah 2 kg biasanya banyak terdapat di kawasan pantai yang cetek. Di waktu ini
juga, nelayan akan keluar menjaring Ikan Bawal di kawasan laluan kapal
yang dalam.

Walaupun keadaan air yang cantik kadangkala tidak juga membuahkan hasil
Ini bergantung kepada keadaan cuaca semasa dan suhu persekitaran

Sumber: Facebook C.K.T Tackle Online

0 comments:

Post a Comment