Tuesday 12 February 2019

MR D.I.Y tarik balik produk yang mengandungi perkataan menyinggung masyarakat Islam.



SHAH ALAM - Rangkaian kedai perkakasan MR D.I.Y telah menarik balik
serta merta pelekat kereta berbentuk tapak kaki dan ibu jari yang
mengandungi perkataan menyinggung masyarakat Islam.

Pengerusi MR D.I.Y, Datuk Azlam Shah Alias berkata, pihaknya kesal
dengan perkara terjadi dan memohon maaf kepada semua pihak yang
berkepentingan.

"Kami menghargai semua maklum balas pelanggan dan pihak berkepentingan
serta telah berhubung dengan pembekal produk ini bagi menjelaskan
mengenai sensitiviti. Pihak pembekal juga telah memohon maaf.



"Kami memberi jaminan kepada semua pihak berkepentingan, terutama
pelanggan, rakan-rakan dan kakitangan Islam bahawa MR D.I.Y tiada niat
menyinggung perasaan masyarakat Islam dan kami amat kesal dengan perkara
ini," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, pihaknya juga telah menubuhkan sebuah jawatankuasa baru serta
menambah baik Prosedur Operasi Standard bagi mengelakkan perkara sama
berulang.

Manakala, bagi pelanggan yang membeli produk berkenaan akan mendapat
semula bayaran dan boleh menghubungi 03-8961 1338.

Sebelum ini, tular video berdurasi 27 saat di laman sosial menunjukkan
satu rakaman yang memaparkan pelekat berbentuk kaki dengan tulisan
didakwa kalimah suci al-Quran yang dibeli di kedai MR D.I.Y.

- SINAR HARIAN -

0 comments:

Post a Comment