Saturday, 9 February 2019

UNCLE KENTANG 'BARUA DAP', BETUL KE? BACA DULU...



BILA Kuan Chee Heng NAK BERTANDING P/RAYA, DIA BARUA DAP...MASA DIA TOLONG ORANG MELAYU TAK MAKAN - DIA BARUA SIAPA?

Walaupun abam kurang sihat, tetapi abam terpaksa gagahkan juga menulis tentang isu Uncle Kentang yang dituduh barua dan proksi DAP, yang kononnya hanya nak memecahkan undi PRK Semenyih nanti.

Abam nak imbas pengalaman abam dan kengkawan sewaktu hendak mendirikan surau di kawasan perumahan kami lebih dua tahun lepas.

Di antara penyumbang dana untuk surau kami tu memang kami kenal, ada orang UMNO, orang Pas, orang PKR dll. Malah entah2 mungkin ada penyokong DAP juga yang turut menyumbang, maklumlah orang Melayu pun byk join DAP skrg ni. Adakah kami barua mereka?

Begitu juga dengan Chee Heng, sudah tentu sepanjang bertahun dia buat kerja2 kebajikan ni, pasti ada pelbagai pihak yg membantunya.

Ingat semua benda-benda waima sekampit beras ni GEDEBUK jatuh dari langit ke? Van jenazah yang Chee Heng beli tu guna ayor paip ke kalau nak bergerak? Ubat-ubatan dan ambulans yg dia beli tu guna air liur ke weh...semua guna duit bang.

Untuk rekod, majoriti orang yg dia bantu semua orang Melayu. Time dia dok bergolok-bergadai bantu orang Melayu yg miskin, terbiar dan melarat tu, kita yg dok kata dia barua DAP ni dok buat apa kat rumah? Layan drama Pujaan Hati Kanda ke? Atau dok asyik teriak tengok baby Pian kat AJL?

Kena ingat, Chee Heng bukan Robert Kuok. Mungkin betul ada penyokong DAP yang membantu beliau tetapi for ur info, ramai juga orang Melayu yang tampil menghulurkan sumbangan sama ada duit atau barang2 makanan melalui beliau.

Di rumah dia, bukan saja penuh dengan orang Melayu yang minta bantuan, orang Melayu yang singgah hulur dan sumbang bantuan pun ramai, hah, yg tu kita nak kategorikan sebagai apa pulak - UNCLE KENTANG BARUA MELAYU?

Jangan risau, adalah mustahil Chee Heng boleh menang p/raya Semenyih tapi bagi jelah peluang untuk dia bertanding, hak dia kot, bukan salah dr sisi undang2 pun.

Setakat deposit tu berapalah sangat, dia tak payah minta sponsor kat mana2 parti pun, dia habih duit sehari bantu orang susah pun dua tiga kali ganda lebih dari tu.

So daripada kita marah dan dok ingat buruk pasal orang tua ni, apakata kita pula ambil alih usaha dia selama ni, camne, ada berani?

Ke kita rasa bayar zakat fitrah setahun sekali tu dah gerenti masuk syurga?
C'mon...jgn hanya risau salur darah sempit ke jantung, pemikiran sempit ke otak pun kena risau juger.





Daripada Penulisan - Syahril A. Kadir


0 comments:

Post a Comment