Tuesday 12 February 2019

Pelajar maut dalam perjalanan ke sekolah, motosikal rempuh Perodua Viva



DUNGUN - Seorang pelajar tingkatan dua yang dalam perjalanan ke sekolah maut selepas motosikal jenis Honda EX5 ditungganginya merempuh kereta Perodua Viva di Kilometer 23, Jalam Dungun - Bukit Besi dekat sini hari ini. 

Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, Muhammad Haziq Irfan Ismail (gambar kecil), 14, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Pulut dekat sini meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Haziq dalam perjalanan ke sekolahnya dari rumahnya di Kampung Pinang dekat sini.

"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, mangsa yang sedang menunggang motosikal jenis Honda EX 5 tidak dapat mengelak sebuah kereta Perodua Viva yang tiba-tiba membelok untuk memasuki persimpangan kanan.

"Rempuhan itu menyebabkan pelajar sekolah itu tercampak beberapa meter ke jalan raya," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

0 comments:

Post a Comment