Monday 3 December 2018

Rusuhan kuil: Polis buru mereka ini...



POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesan 28 saksi bagi membantu siasatan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield, Subang Jaya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, pihaknya memohon kerjasama mereka yang terbabit supaya tampil bagi membantu siasatan.

“Pada masa sama, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi terbabit diminta menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontijen Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat di talian 019-60000903.

“Mereka juga boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya Deputi Superintendan GK Shan Gopal di talian 019-2714387 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Insiden rusuhan yang bermula pada Isnin lalu itu menyebabkan 23 kenderaan musnah dibakar, manakala cermin sebuah pusat beli-belah turut dipecah dan dirosakkan.

Setakat jam 8 pagi hari ini, seramai 68 individu sudah ditahan dipercayai terbabit dalam rusuhan di sekitar kuil berkenaan.

- HARIAN METRO - 

0 comments:

Post a Comment