Wednesday, 26 December 2018

STEP DAPATKAN REBAT DARIPADA TM BILA INTERNET SLOW



Daripada korg memekak update status line unifi hampeh la apa la. Baik korg ikt apa aku buat. Ini kali ke 6 aku dapat rebat daripada TM disebabkan gangguan internet.

1. Call 100, buat laporan mengenai isu internet yang dialami. Pastikan semua troubleshooting yang disuruh buat korg ikut. Lepas laporan dibuat, catitkan no laporan. Kebiasaannya dorg akan selesaikan masalah dalam 24jam. Kalau lebih 24jam anda layak untuk mohon rebat.

2. Jika issue yg dihadapi selesai, contohnya 2 hari selepas buka kes. Maklumkan kepada 100 bahagian teknikal untuk tutup laporan. Selepas mereka tutup laporan. Hubungi semula 100, sambung bahagian billing. Berikan no laporan, mohon untuk rebat. Mereka akan maklumkan rebat akan diluluskan selepas 14 hari bekerja.





3. Pastikan korg call 100 selepas 14hari bekerja , semak sama ada rebat sudah diluluskan atau tidak. Jika belum, buka aduan.skmm.gov.my buat laporan isu ini. Ceritakan daripada a & z . Insyallah akan selesai lebih cepat. Klau tgk drpd sms ni, problem aku selesai dalam sehari. Maybe aku ni kuat tiaw. Hehehe

Gunakan hak anda sebagai pengguna, setakat memekak kt fb line prob tak settlekan masalah. Bulan ni aku dpt rebat. Save RM 86.33 . Huhu.
Ron Asraff 
Daripada - thevocket.com


Terima kasih Tuan Ron Asraff! Satu perkongsian yang baik untuk kita aplikasikan sekiranya berlaku perkara seumpama itu.

Saya sempat menemubual Tuan Ron Asraff tentang beberapa perkara berkaitan:
Vocket (V): Bolehkah saya tahu bagaimana Tuan mengetahui kaedah ini?
Tuan Ron Asraff (RA): Tau sendiri. Huhu. Tak ada sesiapa yang ajar pun.
Ini kali ke enam rasanya dapat, sebelum ini pernah dapat rebat dekat RM 300. Masa cable dasar laut ada masalah hari itu pun dapat juga.

V: Adakah rebat itu dapat berdasarkan sewa bulanan atau ikut tempoh berlakunya gangguan internet?
RA: Rebat dikira mengikut tarikh laporan dibuat. Contoh, kalau masalah berlaku pada 30 November dan laporan hanya dibuat pada 1 Disember. Jadi start dari 1 Disember lah TM akan kira rebat itu.

V: IC.. Bagus ni.. Saya pun guna TM.. boleh apply
RA: Yep, boleh dapat rebat kalau issue berpunca daripada TM. Pastikan report dibuat. Itu penting, tak ada report. Rebat tak dapat la. Huhu. Alright.

V: Alright, masalah itu termasuk line slow kan? Jika disebabkan oleh modem kita, adakah kita tak layak untuk mohon rebat?
RA: Slow pun boleh tapi kalau berpunca dari kita, memang tak dapat.


0 comments:

Post a Comment