Tuesday 25 December 2018

Terjun Sungai Golok sebab nampak polis



RANTAU PANJANG - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai
terjun ke dalam Sungai Golok, berhampiran pangkalan haram Pak Awang di
sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah
berkata, dalam kejadian jam 3 petang lelaki berusia 42 tahun itu
terkejut dengan tindakan polis sebelum terjun ke sungai.

"Sebelum kejadian, sepasukan anggota dari Jabatan Narkotik Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Pasir Mas sedang menjalankan rondaan mencegah
penyeludupan dadah di kawasan berkenaan.


"Setiba di lokasi kejadian, seorang lelaki didapati telah bertindak
melarikan diri sejurus melihat kehadiran anggota polis," katanya.

Menurutnya, lelaki itu kemudian terus terjun ke dalam sungai dan selepas
menunggu beberapa ketika, dia tidak timbul-timbul satu laporan telah dibuat.

Katanya, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) terus dilakukan bermula
semalam sebaik sahaja laporan dibuat.

- SINAR HARIAN -

0 comments:

Post a Comment