Monday, 17 December 2018

Rusuhan kuil: 40 polis berkawal



KIRA-KIRA 40 anggota polis dari IPD Subang Jaya dilihat berkawal di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Seafield di Subang Jaya, hari ini.

Kedatangan anggota polis sejak 8 malam tadi bagi memastikan keadaan di kuil berkenaan aman dan tenang.

Pegawai polis yang bertugas di lokasi terbabit berkata, kawalan berkenaan dibuat sejak insiden 26 November lalu, namun jumlah kawalan dipertingkatkan malam ini.

Menurut beliau, kawalan polis dibuat bagi tujuan keamanan terhadap penduduk terutamanya di sekitar kawasan ini.

Ia bermula susulan insiden perselisihan faham antara dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman yang menjadi punca pergaduhan dan insiden kenderaan dibakar.

Beliau turut berharap orang ramai tidak mudah menimbulkan sebarang spekulasi di sosial media bagi mengelakkan kejadian tidak diingini di sini.

- Harian Metro - 
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Disember 2018 @ 12:37 AM

2 comments:

  1. DOK KAWAL BUAT APA LAGI,, BUKAN KA DEPA DAH ADA TOKKONG BANYAK DOK BERKAWAL, TAKKAN TOKONG XLEH JAGA KEAMANAN KUIL DEPA SENDIRI,, SDGKAN MASJID KITA SENDIRI PUN XDA SAPA JAGA KECUALI ALLAJ SHJ

    ReplyDelete
  2. jaga sangat. menteri tu patut letak jawatan

    ReplyDelete