Wednesday, 26 December 2018

Hasrat berurut berakhir dengan kejadian cabul



BUKIT MERTAJAM - Seorang paderi ditahan selepas didakwa mencabul
kehormatan seorang wanita dalam kejadian pada 1 Disember lalu di
pangsapuri Pinang Laguna 2, Perai di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa datang ke rumah paderi
berkenaan yang juga bapa angkat kepada rakannya bagi mendapatkan rawatan
urutan sendi selepas dimaklumkan lelaki itu boleh merawatnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros
Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek pada mulanya hanya mengurut pada
bahagian kaki namun tidak lama kemudian suspek membuka semua pakaian manga.

"Lelaki berusia 59 tahun itu mendakwa mangsa perlu diurut seluruh
anggota badan bagi memastikan peredaran darah berjalan lancar dan
menyentuh kemaluan mangsa.

"Kononnya dia berbuat demikian kerana penyakit yang dialami mangsa
tertumpu pada bahagian kemaluan dan suspek juga sempat bertanya adakah
dia suka dengan cara begini serta memberi amaran agar tidak menceritakan
kepada sesiapa mengenai kejadian itu," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, mangsa sebelum ini beberapa kali diraba oleh suspek ketika
dia datang ke rumah untuk berjumpa dengan rakannya malah suspek juga
sebelum ini pernah menyatakan mahu merogol mangsa.

Trauma dengan kejadian itu,mangsa tampil membuat laporan polis sebelum
suspek berjaya diberkas pada 18 Disember lalu di rumahnya.

Nik Ros Azhan berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret
Butterworth esok untuk pertuduhan dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan
kerana mencabul.

- SINAR HARIAN -

0 comments:

Post a Comment