Sunday 23 December 2018

Kantoi bersama 60 kg ketum



LELAKI diberkas bersama 10 liter air dan 60 kilogram (kg) daun ketum dalam serbuan polis di rumah di Kampung Kelawar, Tanjung Malim, semalam.

Serbuan 3 petang itu dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim hasil maklumat awam dan risikan.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata, dalam serbuan itu polis menjumpai dua tong plastik berisipadu 10 liter yang mengandungi cecair disyaki air ketum.



Katanya, pihaknya juga menemui 12 bungkusan plastik hitam yang mengandungi daun disyaki daun ketum seberat 60 kg di atas lantai rumah berkenaan.







"Semakan lanjut mendapati lelaki berkenaan mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan senjata.

"Saringan awal ujian air kencing terhadap suspek bagaimanapun negatif," katanya ketika dihubungi di Tanjung Malim, hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, lelaki berusia 33 tahun terbabit akan dipohon reman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

- Harian Metro - 

0 comments:

Post a Comment