SUNGAI PETANI: Seorang gadis hanya mampu menangis selepas ditahan polis atas pelbagai kesalahan trafik, di Jalan Badlishah, di sini, awal pagi tadi.
Gadis
berusia lingkungan 20-an yang ditahan sekitar jam 1 pagi itu nyata
terkejut dan tidak menyangka skuter yang ditunggang bersama seorang lagi
rakan perempuan akan disita.
Kesalahan
jelas ialah motosikal itu tidak mempunyai nombor pendaftaran pada
bahagian depan dan nombor pendaftaran pada bahagian belakang berbentuk
digital yang tidak mengikut spesifikasi.
Malah gadis yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kawasan sekitar itu juga disaman kerana cukai jalan sudah tamat tempoh.
“Tolonglah
encik...tolonglah,” hanya itu sahaja yang mampu diucapkan gadis
berkenaan sebelum menekup mukanya di atas meter motosikal.
Gadis berkenaan hanya diketahui menangis selepas polis memanggilnya untuk memberikan kertas saman.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah,
dalam Op Bersepadu Pencegahan Jenayah (Ambang Tahun Baru) 2019 itu
sebanyak 993 kenderaan diperiksa.
“Dalam operasi bermula jam 9.30 malam hingga 5 pagi itu 212 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
“Selain 35 kenderaan turut disita merangkumi tujuh kereta dan 28 motosikal,” katanya.
Katanya,
operasi berkenaan juga turut dijalankan secara bersepadu bersama
Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP)
dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
- BERITA HARIAN -
0 comments:
Post a Comment