Saturday 22 December 2018

Budak lemas dalam kolam renang



PORT DICKSON: Hari keluarga bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui lemas dalam kolam renang di sebuah resort di Batu 12, Jalan Pantai, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed, berkata Mohammad Adam Raiyan Mohd Saiful disedari hilang oleh ibu bapanya yang juga anggota tentera kira-kira jam 2.45 petang.



"Terdahulu mangsa dan keluarganya menyertai majlis hari keluarga yang turut dihadiri kira-kira 50 orang lain di hotel berkenaan.

"Dia dipercayai terjatuh ke dalam kolam renang dewasa sebelum disedari hilang. Sebaik ditemui terapung dalam kolam itu, dia dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk rawatan kecemasan.

"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia jam 4.16 petang," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dituntut ahli keluarganya sebelum dibawa pulang ke rumahnya untuk dikebumikan di Masjid Tanah, Melaka.

- BERITA HARIAN - 

0 comments:

Post a Comment